APA YANG AKU KATAKAN DISINI TIDAK MELALUI MANA2 SUMBER YANG KEBANYAKKAN PARA KONSPIRASI BLOGGER BUAT SEKARANG..SEMUA INI ADALAH DARI PENGALAMAN HIDUP +KAJIAN YG BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS..AKU TIDAK SEPANDAI PARA BLOGGER KONSPIRASI YANG LAIN YANG MEMPUNYAI ILMU YANG TINGGI...BLOG INI DIBUAT SEMATA2 UNTUK BERKONGSI ILMU2 YANG TELAH HILANG DIPADAM OLEH PARA HIDDEN HAND..APA YANG AKAN KU PERKATAKAN DISINI IBARAT MENENTANG ARUS ZAMAN INI..JADI SEGALA FAKTA YANG AKU TULIS NIE TERPULANGLAH SAMAADA HENDAK DIPERCAYAI ATAUPUN TIDAK..AKU TIDAK SESEKALI MEMAKSA ANDA.

Monday, January 4, 2010

hati...

emmmm...Walaupon blog nie tempat aku nak berkongsi maklumat-maklumat berkaitan dengan konspirasi tapi wat permulaan nie,aku nak share menda2 yang basic2 (asas2) dulu..Sebab kalau takder asas,citer laa sampai menggunung langit pon aku rasa xda maknanya..hehehe..Masuk telinga kiri keluar telinga kanan..

Pasal tue kalau korang tengok posting2 aku yang awal2 nie, banyak berkisar pada perkara2 biasa yg selalu orang dengar tapi selalunya setakat dengar je laa..

Hari nie aku nak berkongsi pasal hal hati..Perkara yang biasa dengar kan..Tetapi HATI nie laa yang akan memastikan segala hal ehwal kehidupan kita..Sampai laa kita mengadap RABBUL IZZATI nanti hanya SEKEPING HATI ini sajalah yang akan menentukan kemana tempat tinggal kita yang abadi..

Musti ramai yang biasa dengar "DIDALAM BADAN MANUSIA INI TERDAPAT SEKETUL DAGING,KALAU BAIK MAKA BAIKLAH KEPUTUSANNYA BEGITULAH SEBALIKNYA..ITULAH HATI"..

Sebab tue kalau kita hebat mana sekalipon,pandai menggunung sekalipon,kaya sampai tido atas duit sekalipon,fasih Al-Quran sekalipon,Ilmu Agama tinggi sekalipon kalau HATI tidak bersih maka tiada berguna satu sen pon segala apa yang kita miliki tue..

Sebab tue dikatakan "PARA PEJUANG BERSAMA IMAM MAHDI NANTI MEMPUNYAI SEKEPING HATI YANG SEPERTI KEPINGAN2 BESI"..Sebab apa??Mungkin walaupon dorang tak sekaya mana,tak sepandai mana,tak sehebat mana,AL-quran pon setakat katam mukaddam,tapi HATI mereka keras seperti besi..Pergantungan mereka kepada ALLAH tiada siapa yang dapat menandingi, kerana itulah para sahabat NABI cukup kental menghadapi segala rintangan..Biar laa orang nak hina,biarlah orang nak kata,biarlah orang nak caci,mereka tetap berada DIATAS JALAN YANG LURUS...Kerana pada mereka segala hinaan dan cacian tue datang dari ALLAH jua..So apa yang nak heran sangat..ADA aku kisah ko nak cakap apa..hehehehe

Sebab tue lah kalau rasa2 nak berjuang bersama Imam Mahdi nanti dan selamat dari DAJJAL dan konco2nya,maka YANG PERTAMA SEKALI KITA KENA BUAT ADALAH MEMBERSIHKAN HATI KITA..Jangan sedih kalau kita tak sepandai orang2 lain dalam mentafsirkan Al-Quran dan Hadis,memperkatakan ILmu agama mengalahkan NABI sendiri (hehehehe),kita janganlah bersedih hati dengan kekurangan tue sebab ALLAH tak pandang pon segala kehebatan tue sebab HAKIKATNYA SEGALA SEMUA TUE DIA YANG CIPTA..Ko solat ker tidak,,ko puasa ker tidak,ko perompak ker,ko perogol ker, TIADA MENAMBAH ATAU MENGURANGNYA KEHEBATAN ALLAH..So jangan rasa diri korang tue dah tak layak nak berjuang bersama..HAKIKATNYA HANYA ALLAH LAH YANG MAHA MENGETAHUI..

Segala kesilapan yang korang penah terlanjur dulu,korang MINTA AMPUN DAN MINTA DENGAN BERSUNGGUH2 DENGAN SEPENUH KEIKHLASAN HATI,KERANA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN..MOHON KEPADANYA AGAR DIKURNIAKAN KEBERSIHAN DAN KESUCIAN HATI+JIWA+TUBUH BADAN DAN SEGALANYA TENTANG DIRI KITA SAMAADA YANG KITA KETAHUI ATAUPUN TIDAK..Ner tau walaupon korang dulu jahat malaun sekalipon tetapi kerana SELINTAS KEIKHLASAN yang timbul dalam Hati korang,maka ALLAH akan menerima segala penyesalan kita..

Dan seandainya kita ada rezeki KURNIAAN ALLAH yakni dikurniakan HATI yang bersih lagi suci,maka INSYAALLAH pada masa tue korang dengan mudah FAHAM+MEMAHAMI+MENGHAYATI+MENGHALUSI segala yang diperintahkan kepada kita..Silap2 haribulan kita akan dikurniakan pengetahuan2 RAHSIA yang tak diberi pada sesiapon walaupon manusia tue pakai serban 7 tingkat sebab ALLAH tak menilai dari segi luaran manusia..Semuanya boleh ditipu dan dilakonkan..(FASIK+MUNAFIK)..YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KAMI DARI TERMASUK DALAM GOLONGAN2 INI WALAU DIDUNIA ATAUPON DIAKHIRAT..KAU BERBELAS KASIHLAH KEPADA KAMI YANG HINA INI YANG TIADA DAYA UPAYA,YANG SENTIASA MENGHARAPKAN BELAS KASIHMU DIDUNIA DAN DIAKHIRAT..AMIN...

Jadi pada permulaan ini berusalah dam mintalah dengan sepenuh kikhlasan dan keyakinan pada ALLAH agar dikurniakan sekeping hati seperti "ORANG2 TERDAHULU YANG KAU TELAH REDHAI KEATAS MEREKA"...

WALLAHUALLAM..

Sunday, January 3, 2010

saka part 2

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


Al-Hijr 39-40



sufi part 2

dicedok dari sang tawal punya blog:


Ambillah iktibar dan hikmah dari cerita Ahli sufi yang terkenal ini iaitu Abu Yazid Al Bustami yang telah mengalahkan Pendeta-Pendeta Kristian dizamannya bersenjatakan “Ilmullah”. Malah , dia telah menyedarkan pendeta-pendeta tersebut untuk memeluk islam lalu mengubah sebuah gereja menjadi sebuah masjid pula! Inilah tanggungjawab kita saudaraku!

Abu Yazid adalah tokoh sufi yang hebat dizamannya. Dia dikatakan pernah berguru kepada 113 orang alim sebelum dia bertemu dengan guru yang sejati yang akhirnya membimbing dirinya kejalan tareqat kesufian yaitu seorang imam yang masyhur dari kalangan ahlul bait yaitu Imam Ja'far Shodiq.

Pada suatu hari Abu Yazid mendapat mimpi sebanyak 3 kali untuk pergi ke gereja Samaan .Beliau pun pergi ke gereja tersebut dengan memakai pakaian seperti yang diarahkan didalam mimpinya.

Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Kesemua soalan Ketua Paderi sebanyak 50 soalan itu dijawab oleh Abu Yazid, diantara soalan itu ialah :

Rujukan : Klik Sini


1. Yang satu tidak ada duanya ? Jawabnya : Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya ? Jawabnya : Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya ? Jawabnya : Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4. Yang empat tiada limanya ? Jawabnya : Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya ? Jawabnya : Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya? Jawabnya : Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya ? Jawabnya : Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya? Jawabnya : Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh? Jawabnya : Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna ? Jawabnya : Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas ? Jawabnya : Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12. Yang dua belas? Jawabnya: Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas ? Jawabnya : Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga? Jawabnya : Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka? Jawabnya : Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia? Jawabnya : Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa ? Jawabnya : Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra ? Jawabnya : Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra ? Jawabnya : Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra ? Jawabnya: Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas? Jawabnya : Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya? Jawabnya: Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh? Jawabnya : Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi? Jawabnya : Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan? Jawabnya : Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk? Jawabnya: Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi? Jawabnya: Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat? Jawabnya: Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh? Jawabnya: Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30. Wanita yang paling utama? Jawabnya: Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama? Jawabnya : Gunung Tursina

32. Binatang yang paling utama? Jawabnya : Kuda.

33. Bulan yang paling utama? Jawabnya : Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama? Jawabnya : Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah? Jawabnya : Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan? Jawabnya: Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji? Jawabnya : Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu? Jawabnya: Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir? Jawabnya: Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad? Jawabnya : Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram? Jawabnya : Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42. Maksud keldai Makwak? Jawabnya : Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak? Jawabnya : Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda? Jawabnya : Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta? Jawabnya: Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul? Jawabnya: Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak? Jawabnya: Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus? Jawabnya : Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat? Jawabnya : Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih..( jawapan ini tidak lengkap, jadi kepada pembaca yang ada jawapannya, saya berharap sila berikan jawapan didalam komen untuk dikongsi bersama…)

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam? Jawabnya : Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.


Selepas menjawab kesemua soalan diatas ,kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit? "

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, "Bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

"Bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.

"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.

"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.

"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Friday, January 1, 2010

akhir zaman

"MANUSIA2 DIAKHIR ZAMAN INI AKAN HANYA MENILAI SESUATU HANYA DARI PANDANGAN LUARAN SAHAJA..PERCAYALAH..."

Sebab tue bila turunnya Imam Mahdi dan para tenteranya nanti,manusia pasti tidak dapat menerima mereka kerana mereka semua tidak seperti yang tergambar didalam kepala mereka...percayalah...


Dan disitulah ALLAH meletakkan rahsianya untuk menguji keimanan kita.Samaada kita faham apa yang dimaksudkan ALLAHU AKBAR-ALLAH MAHA BESAR..

Tetapi jika kita KENAL Siapa ALLAH pasti kita takkan menidakkan suatu perkara yang kita tidak pernah LIHAT+DENGAR ,kerana pada kita SIFAT ALLAH ITU "TIADA YANG MUSTAHIL BAGINYA"..Sebab tue kadangkala ALLAH sengaja mencipta benda yang pelik2 untuk kita berfikir...

Manusia hanya boleh menerima sesuatu perkara itu jika ada buktinya,dan kadangkala dah diberi bukti pon masih nak menafikan perkara tersebut..

Sebab itulah Rukun Islam itu disertakan sekali dengan Rukun Iman.

Perumpamaannya seperti ini:-

1-RUKUN IMAN-HAL2 GHAIB+RAHSIA ALLAH
2-RUKUN ISLAM-HAL2 YANG NAMPAK NYATA DIDEPAN MATA

JADI SEMESTIKAH KITA MEMERLUKAN BUKTI BILA INGIN MENGETAHUI AKAN SESUATU PERKARA???


FIKIR2KANLAH....